Malique dan Zizan jawab isu lagu Bawaku Pergi

on Saturday, 31 March 2012

Kontroversi lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya dan ianya menimbulkan tanda tanya penerbit lagu berkenaan kerana ianya tanpa usul periksa.
Kata Malique, pada tahun 1998, beliau menulis lagu Pergi Jauh untuk isterinya. Lagu itu berkisar kisah mereka yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, beliau menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupannya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.
Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain. Ikuti temubual wartawan Kosmo bersama Zizan dibawah mengenai lagu Bawaku Pergi.
KOMEN ZIZAN
ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut. Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.” Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?
ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.
Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.
Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.
Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.
Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.
Artikel Ini Petikan Kosmo! Online
Tag :

Buat mata korang jadi macam Anime, Ohsem!

on Friday, 30 March 2012





Mata cam anime??
senang jer... hahahhaak! :b (tuii)
.
.
mesti korang na tahu kan cenggane na buat mate korang yang kuyu tu jadi cam anime jepun kan??
*mesti ramai yg buat gaya ni nnti.. (~n_n)~
.
==
.
pe yang korang perlukan untuk buat cenggini ialah MAC make up product..
.
lagi senang kalau korang amek seni dalam SPM, hahahah XD
nah! amek kau.... 
*take a look


this one is fake:



.
.
.
Trimas sbb view, harap korang dapat buat cenggini, en32?? :))
.
.
left some comment please '_'.


this one is correct! : (~-_-)~



*sekian...

Tag :

fact tentang sekolah dari youtuber (jinnyboyTV)

on Tuesday, 27 March 2012



hahahaaa!!
(LOL XD)
sape da tengok vids ne kat youtube?? 
nampak cam bagos sangat, memang bagos pon.. ketawa sampai berrollercoster
entry minggu ne, xseberape... aku da ta da idea da, LAGI!
.
.
.
take a look sahabat :)
*trimas sbb view video ne, bkan aku punyer pon.. sje na promote :b


Tag :

SNSD (Girl's Generation) live in KLCC, Malaysia, 23 mac 2012 (20 gambar)

on Saturday, 24 March 2012





Memang berbaloi korang tunggu untuk Girl's Generation buat konsert kat Malaysia ne. Ape yang ditunggu-tunggu selama ne, telah berlaku! (jeng jeng jeng) :o


Diorang (SNSD) nampak ohsem dengan pakaian diorang (white), (~-_-)~ 
antara lagu yang dipersembahkan ialah The Boys, Hoot, Run Devil Run, Mr. Taxi dan Gee di KLCC, Malaysia Truly Asia.


ne die gambar konsert diorang: 
take a look ;)


























*kalau korang na tahu, Yuri ta datang sini, die sibuk dengan filem "Fashion King"

Tag :

Van's KOG (king of gap) Malaysia skaters 2012

on Monday, 19 March 2012



*tumblr


baru² ni (january), ade game dekat Capsquare, Kuala Lumpur. 
Tajaan Van's Malaysia, kali ni diorang bawak replika dari Amerika.. . memang superb ar diorang, kan best lau aku ade kat sane, (KL) T_T
ni ade bbrape vids yg aku take kat utube™,
*take a look choi... \mm/ 

~(-_-~) (~-_-)~  ohsem!!


 



*aqtually, aku da xtau nak bwt entry mende da, ak belek2 kat utube jumpe ni.. ohsem kan?? ==


Tag :

barang² Apple yg fake dari China (yg awesome)

on Friday, 9 March 2012


nowday, syarikat Apple™ kat us sana dah pening sbb diorang ta tahu dan ta paham dengan barangan yg syarikat diorang ta bawa keluar pon dah ade kat pasaran.. (cam bangang an?)
aku pon ta paham, ape motif syarikat yg buat keluar barangan yg fake guna brands syarikat Apple, pe kejadah nyer semua ini?? dimanakah akal fikiran mereka semua ini?? hah!!! -_-" (haishh)
ni semua barangan yg fake apple company dari china: 
take a look~ 






fake apple brand's usb hub 


fake apple speaker



fake apple store






fake iphone
(yg aku ta bleh blah tu, iphone 5 da kuar da kat sane)




fake shoes 
(hahaha kasut name iphone5 pon boleh ke?)


 dapur gas (apple) 


yg ni name die iSD (card reader) 
apple pon boleh lah! 


*yg kat bawah ne, blackberry fake.. (pon ade) hahahaha XD

Tag :

Biskut Oreo goreng (8 gambar)

on Tuesday, 6 March 2012

Haaaaaa!!
first time aku buat fried oreo neh, ta jadi.. hangus habis.. hahahaha XD
kali ke-2 baru perfect oreo goreng aku neh.. bukan susa pon na buat mende alah ne, set kat mind na buat oreo goreng jadila.. korang hanye perlukan bahan² camgini je :

10 biskut oreo (suka hati)

1 cawan tepung

1 sudu besar gula

1 biji telur

¼ cawan susu segar

minyak masak


cara² dia:

masukkan tepung, gula, telur dan susu kedalam bekas, kendian gaul sampai puas.
panaskan minyak, kendian amek biskut oreo gaul dengan bahan yg tlah digaul td. lastly, goreng sampai hangus kekuningan. Done! :)

















*pergghh!!! :3
Tag :

Curi ubi kayu??

on Sunday, 4 March 2012





Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya... sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Tag :

Bersalji di Baitulmuqaddis (4 gambar)

BAITULMUQADDIS - Memang ta disangka, kini dituruni salji. Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah2 di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertamanyer dalam tempoh empat tahun. 
salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.
Stesen radio Israel melaporkan bahwa sekolah2 di kawasan paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan disebabkan timbunan salji yang teruk. Timbunan salji setebal 3meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yg dikuasai Israel sejak salji turun rabu lepas.
Fenomena tersebut adalah yg pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008 (AFP)







*cuba bayangkan salji turun di M'sia, how ek?? :D
-sumber Google-
Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© :::::::: belog-Afrain™:::::::: | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO