AKU

on Sunday, 27 September 2015



Aku bukan siapa-siapa
Aku tinggal penulisan blog ni sudah lama
Aku sibuk dengan kehidupan aku sekarang
Aku sibuk dengan kehidupan yang sebenarnya bukanlah kehidupan
Aku terlalu kejar keduniaan
Aku tidak kejar hiburan atau harta
Aku cuma kejar ilmu
Aku kejar ilmu yang direka manusia
Aku kejar ilmu buatan manusia
Aku kejar ilmu yang pada asalnya hanyalah propaganda

Aku ikhlas
Aku pernah terfikir kenapa aku kejar ilmu yang tak seberapa ni?
Aku tahu dunia ni penuh dengan ilmu lain yang belum diteroka
Aku lupa ilmu yang dituntut oleh agamaku
Aku masih muda, ya muda
Aku lupa mati tak kenal usia
Aku tahu usia hanyalah nombor semata-mata
Aku sedar  ilmu agamaku tidak seberapa
Aku perlukan masa
Aku perlukan ruang rehat 
Aku perlukannya untuk buat aku muhasabah diriku semula

Aku bukan malaikat
Aku terikat dengan nafsu 
Aku tahu nafsu boleh mengundang dosa
Aku tahu nafsu boleh dikawal
Aku cuba untuk kawal setiap nafsu aku
Aku tahu dengan mendekati agamaku, nafsu aku lemah
Aku lebih kepada akhirat berbanding duniawi
Aku harap segala benda yang aku buat dalam hidup ni adalah betul
Aku berdoa pada yang Satu
Aku tulis ni sebab aku ada masa
Aku rindu masa terluang untuk aku fikir tentang kematian
Aku minta diri, Salam.
Tag :

[VIDEO] Movie Perhinaan nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah

on Saturday, 15 September 2012



video perhinaan nabi Muhammad SAW yang menjadi isu seluruh dunia hari ini.
video yang memaparkan wajah rekaan manusia terhadap baginda. Video ini menjadi kecaman seluruh manusia di seluruh dunia termasuk gereja-2 yang juga mengecam video ini kerana beranggapan video ini boleh mencetuskan perbalahan antara manusia malahan turut mengakibatkan perbalahan antara negara sama seperti yang dapat kita lihat pada hari ini yang mana Amerika Syarikat kini dikecam dan dimarahi oleh seluruh dunia. Pihak atasan Amerika harus memainkan peranan dalam membasmi video perhinaan agama ini. take a look and please click "Dislikes". support our Religious. t & c



Tag :

PARODY gempak dari artis malaysia kepada budak "sore eyes" (youtuber)

on Thursday, 6 September 2012




hahaha! XD 
recently, "sore eyes" girls on youtuber is now trending on twitter, facebook and youtube as a parody vids ever. budak ni memang tak arh tahu malu. memeyh! 

ni video from MIG, dedicated to sore eyes girls who got 5days mc. hahah, layan~ 

featuring:
Nora Danish, Adi Putra

Tag :

Aaron Aziz, Bakal Pengacara Fear Factor Asia (HD Video)

on Friday, 18 May 2012



Ketika anda menonton video eksklusif bersama Aaron Aziz di’bawah, kemungkinan besar pelakon popular ini sudah pun dalam perjalanan bersama isteri tercinta ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah selama 12 hari sehingga hujung bulan Mei ini.
Kami cuba lari dari bertanyakan tentang isu permit kerja yang di’timbulkan sejak akhir akhir ini, Aaron Aziz yang kelihatan agak penat berkongsi kisah beliau yang terpilih menjadi pengacara buat pertama kali untuk program TV Fear Factor Asia — tanpa apa apa persedian sehingga hari ini.
Aaron Aziz di’temui ketika hadir ke majlis mengumumkan yang beliau kini bergelar jurucakap untuk satu jenama yogurt tempatan, Yourgurt di Putra World Trade Centre semalam.

Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© :::::::: belog-Afrain™:::::::: | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO