AKU

on Sunday, 27 September 2015



Aku bukan siapa-siapa
Aku tinggal penulisan blog ni sudah lama
Aku sibuk dengan kehidupan aku sekarang
Aku sibuk dengan kehidupan yang sebenarnya bukanlah kehidupan
Aku terlalu kejar keduniaan
Aku tidak kejar hiburan atau harta
Aku cuma kejar ilmu
Aku kejar ilmu yang direka manusia
Aku kejar ilmu buatan manusia
Aku kejar ilmu yang pada asalnya hanyalah propaganda

Aku ikhlas
Aku pernah terfikir kenapa aku kejar ilmu yang tak seberapa ni?
Aku tahu dunia ni penuh dengan ilmu lain yang belum diteroka
Aku lupa ilmu yang dituntut oleh agamaku
Aku masih muda, ya muda
Aku lupa mati tak kenal usia
Aku tahu usia hanyalah nombor semata-mata
Aku sedar  ilmu agamaku tidak seberapa
Aku perlukan masa
Aku perlukan ruang rehat 
Aku perlukannya untuk buat aku muhasabah diriku semula

Aku bukan malaikat
Aku terikat dengan nafsu 
Aku tahu nafsu boleh mengundang dosa
Aku tahu nafsu boleh dikawal
Aku cuba untuk kawal setiap nafsu aku
Aku tahu dengan mendekati agamaku, nafsu aku lemah
Aku lebih kepada akhirat berbanding duniawi
Aku harap segala benda yang aku buat dalam hidup ni adalah betul
Aku berdoa pada yang Satu
Aku tulis ni sebab aku ada masa
Aku rindu masa terluang untuk aku fikir tentang kematian
Aku minta diri, Salam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© :::::::: belog-Afrain™:::::::: | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO